Thursday, 7 November 2013

REKABENTUK


KONSEP REKABENTUK DALAM SENIBINA

Sebelum rekabentuk dimulakan bagi membina sesebuah bangunan , seseorang itu hendaklah mengambil kira faktor keperluan fizikal tapak binaan . Faktor –faktor keperluan ini akan menentukan sesuatu konsep rekabentuk bangunan. 3 faktor fizikal bangunan tersebut adalah:-

1. Faktor geografi
2. Faktor iklim
3. Faktor penderiaan

Kesemua faktor ini akan mempengaruhi pemilihan terhadap sistem struktur sesuatu bangunan , penggunaan bahan binaan dan proses pembinaanya . Penentuan kedudukan tapak binaan ynag sesuai dapat membantu mengawal cahaya semulajadi ,haba , pemandangan ,kebisingan dan yang ada unsur dengan alam sekitar.

1. Faktor geografi
    Terdapat beberapa elemen dalam faktor geografi iaitu :

1.1 Tanah
  • Boleh dikatakan bahawa hampir kesemua bangunan terdiri semata-mata bergantung kepada tanah di samping kekuatanya menampung beban .
  • Daya kekuatan tanah menampung beban bergantung kepad ketahanan ricih, fungsi geseran dan kejelekitan dalamanya .
  • Jenis –jenis tanah akan mempengaruhi bentuk dan saiz sistem asas bangunan, pengaliran air bawah tanah dan air permukaan dan jenis –jenis tumbuhan yang boleh ditampungi.
  • Sistem alas tapak dan asas bangunan mestilah mampu mengagihkan beban bangunan ke kawasan yang cukup luas supaya beban unit paduan dibawah seimbang.

1.2 Topografi
      Bentuk permukaan bumi dan cerun tanah akan mempengaruhi
  • Jenis asas bangunan
  • Rupabentuk bangunan dan hubunganya pada satah bumi.
  • Pengaliran disekitar tapak bangunan.
  • Iklim dipersekitaran tapak bangunan .

a) Cerun curam
  • Struktur dapat berdiri tegak diatas tembok sambut dengan kesan minimum pada satah bumi.
  • Peruntukan yang mencukupi perlu untuk menyalirkan air permukaan dan air bawah tanah serta penggunaan penutup bumi, dan tumbuh-tumbuhan untuk mengelakan hakisan tanah
  • Keperluan penggunaan tembok penahan dan jumlah pemotongan tanah sepatutnya hampir sama dengan jumlah penambahan.

b) Cerun sederhana.
  • Struktur dapat berdiri diatas tembok sambut dan struktur juga dapat bertenggek dengan memotong cerun.

c) Cerun mendatar
  • Struktur dapat berdiri diatas tembok sambut atau tumpangan tegak.
  • Cerucuk bukan sahaja menaikan struktur diatas paras bumi , tetapi juga menyokong struktur diatas tanah galas yang tidak sesuai .
  • Pad bumi dapat membantu menyalirkan air permukaan jauh dari struktur.

1.1 Tumbuh –tumbuhan
      Pokok dapat mempengaruhi persekitaran setempat bagi sesebuah bangunan
      Melalui :

a) Teduhan
    Jumlah teduhan bergantung kepada keadaan pokok itu yang :
  • Menghala ke matahari
  • Kedudukan berhampiran dengan bangunan.
  • Bentuk melebar dan meninggi.
  • Kelebatan daun dan bahan
  • Tumbuhan yang malar hijaumemberi teduhan sepanjang tahun serta membantu mengurangkan silauan salji pada musim sejuk.l

b) Mengurangkan silauan langit, bumi dan salji.

c) Melindungi daripada tiupan angin.
  • Daun –daun mengurangkan debu yang dibawa angin .
  • Tumbuhan malar hijau dapat merentangi angin dengan berkesan semasa musim sejuk dan dapat mengurangkan haba panas pada bangunan..

d) Menyerap sinaran suria disamping penyejukan melalui proses penyejukan melalui proses penyejatan.

e) Membantu pemadatan tanah disamping menambah kebolehan telapan air dan udara serta menghalang hakisan tanah .

f) Menapis udara dan tiupan angin yang mengandungi debu persekitaran setempat .

g) Mentakrifkan ruang dan mengarahkan pemandangan .

h) Menampakan penglihatan hadapan dan keberasingan

i) Mengurangkan bunyi yang terjadi daripad udara .


Faktor iklim
  • kesemua faktor iklim mempengaruhi penghalaan dan rekabentuk bangunan , proses pembinaanya serta pemilihan bahan binaan yang sesuai. Diantara faktor faktor iklim ialah :

2.1 Matahari

  • Sinaran cahaya suria merupakan sumber utama bagi pertambahan haba , berguna atau tidak bergantung kepada keadaan iklim. Pengawalan terhadap sinaran cahaya suria adalah faktor yang paling penting . Sebagai sumber cahaya asli ,matahari memberi kesan terhadap kedudukan susunatur dan penghalaan ruang dalaman , serta saiz dan juga kedudukan tingkap –tingkap.
  • Dalam menentukan rupabentuk ,kedudukan dan penghalaan sesebuah bangunan, objektifnya adalah untuk mengekalkan keseimbangan waktu kurang panas apabila sinaran suria dapat dimanfaatkan , dengan waktu yang terlampau panas apabila sinaran sepatutnya dielakan.
2.3  Peranti Teduhan cahaya
  • Peranti teduhan dapat memberikan perlindungan kepada permukaan luar bangunan dan juga ruang dalaman daripada sinaran cahaya suria .
  • Keberkesanan peranti teduhan ini adalah bergantung kepada kedudukan ,penghalaan dan rekabentuk . Dengan ini ia akan memberi kesan kepada konsep bangunan yang dikehendaki.


2.4 Angin
  • Kelaziman , halaju, suhu dan arah angin merupakan pertimbangan yang penting bagi menentukan rekabentuk dan konsep bangunan yang akan direkabentuk .
  • Angin biasanya bertukar arah mengikut musim dan dapt dikawal untuk mencapai kedua-dua objektif tersebut dimusim panas atau musim sejuk.
  • Pemecah angin dapat memberi perlindungan terutamanya dari segi pengurangan halaju angin Pengudaraan semulajadi dalam bangunan adalah hjasil daripada perbezaan pada tekanan udara dan perbezaan pada suhu . Corak aliran udara yang dihasilkan oleh daya-daya tersebut lebih dipengaruhi oleh geometri bangunan berbanding dengan kelajuan udara.


2.4 Curahan hujan
  • Bumbung merupakan salah satu komponen penting pada sesuatu rekabentuk bangunan.
  • Ianya menerima hujan ataupun salji. Bumbung cerun yang curam dapat mengalirkan air hujan ,salji ataupun ais dengan cepat. Bumbung yang sederhana juga dapat mengalirkan air hujan ,ais dan salji dengan mudah.