PENYURIHAN LUKISAN KERJA
Menyurih semula set lukisan bukan perkara mudah, ia memerlukan penelitian yang wajar, menyurih bererti melukis semula diatas lukisan asal mengikut skala yang sedia ada setelah didapati lukisan itu rosak, luntur / pudar disebabkan terlalu lama dan sebagainya. Menyurih pada peringkat permulaan dapat mengenali dan memahami seperti :-
a. Kaedah penggunaan pen teknikal
b. Dapat mengenal bahagian-bahagian atau komponen bangunan
c. Semak dan baca skala
d. Dapat melukis mengikut prosedur yang betul.
Set lukisan kerja senibina terdiri daripada Pelan, Tampak (Pandangan) dan Keratan.
A. PELAN
Pelan merupakan salah satu daripada lukisan kerja senibina dan dapat dibahagikan kepada lima (5) jenis iaitu :
i) Pelan kunci
ii) Pelan lokasi
iii) Pelan tapak
iv) Pelan lantai
v) Pelan bumbung
Pelan dalam lukisan kerja lebih mengutamakan ciri-ciri pengukuran, contohnya keluasan lantai. Disamping itu, pelan dapat menerangkan struktur bangunan dengan penggunaan simbol lukisan untuk menyatakan tentang dinding bata, jenis pintu dan sebagainya.
Pelan lukisan dengan menggunakan skala serta di lebelkan dengan terperinci.Lukisan pelan sangat penting bagi seseorang kontraktor binaan untuk membuat perancangan dan pelaksanaan kerja-kerja binaan dengan baik.
1. Pelan kunci
- Menunjukkan jarak sesebuah tapak binaan dengan tempat strategik yang sedia ada. Penentuan jarak adalah lebih menyeluruh atau secara hitungan kasar, lazimnya pelan kunci tidak menggunakan skala cuma ia menggambarkan sesuatu projek yang hendak dibina supaya dapat memberikan perhatian kepada pelanggan/kontraktor.
- Lebih kurang sama dengan pelan kunci tetapi ia lebih menekankan kedudukan kawasan tapak cadangan. Pada pelan lokasi itu ditunjukkan nama-nama jalan utama yang harus dilalui untuk sampai ke tempat yang dituju. Simbol-simbol piawai,seperti jambatan dan sungai, arah Utara dan lain-lain hendaklah ditunjukkan.
- Menerangkan tentang tapak cadangan serta unsur-unsur yang ada di dalam kawasan tapak cadangan seperti kedudukan pokok-pokok sedia ada, punca bekalan air dan elektrik dan sebagainya. Skala yang digunakan untuk tapak tersebut ialah 1 : 400. Skala-skala lain yang biasa digunakan ialah 1 : 100, 1 : 200, 1 : 500, 1 : 1000, 1: 2000, 1 : 5000 dan 1 : 10000. Unit dimensi yang digunakan ialah milimeter (mm). Pelan bumbung untuk bangunan-bangunan yang terdapat pada tapak juga ditunjukkan diatas pelan tapak.
- Berfungsi untuk menunjukkan keratan atau kecerunan bumbung bangunan. Bagi bumbung yang bercerun, arah anak panah biasanya menunjukkan arah cerun bumbung. Bagi bumbung rata, biasanya, dituliskan perkataan Rata, Kecerunan bumbung biasanya akan dinyatakan, misalnya 40°. Kedudukan talang serta kecerunannya bahan-bahan binaan bumbung, dan sebagainya hendaklah dilukis secara terperinci dalam lukisan berasingan dari pelan tapak.
- Menunjukkan saiz ruang dalaman, susun atur ruang-ruang, bahan bahan kemasan lantai, kod jenis pintu dan tingkap, arah naik atau turun anak tangga, arah ayun pintu atau tingkap, bahan-bahan binaan ditunjukkan dengan menggunakan simbol-simbol piawaian lukisan, ketinggian lantai, dan garisan keratan. Skala yang digunakan untuk melukis pelan tersebut ialah 1 : 100. Skala-skala lain yang biasa digunakan untuk pelan lantai ialah 1 : 50 dan 1 : 200. Unit dimensi yang digunakan ialah milimeter (mm). Dimensi bagi panjang dan lebar bangunan itu serta bilik-biliknya hendaklah ditunjukkan. Perkara-perkara lain yang perlu ditunjukkan ialah dimensi bukaan tingkap, pintu dan liang udara (jika ada), garisan saliran kekal dengan anak panah yang menunjukkan arah saliran serta saiz parit dan longkang, nama bilik dan kegunaannya. Bagi tangga pula, hendaklah ditunjukkan arah anak panah turun atau naik, bilangan anak tangga dan jenis tangga.
Lukisan tampak atau lukisan pandangan bertujuan untuk menerangkan rupa bentuk bangunan dari sudut pandangan mendatar. Dalam lukisan pandangan ditunjukkan kedudukan pintu, tingkap, dinding, atap dan sebagainya.
Dengan merujuk kepada lukisan Tampak Hadapan, Belakang dan Sisi Kiri bangunan Cadangan Membina dan Menyiapkan Rumah Teres Dua Tingkat, dapat dilihat garisan aras siling, aras tingkat atas dan aras tingkat bawah. Selain itu, ada ditunjukkan kecerunan bumbung 30°, kod jenis tingkap dan pintu, arah bukaan pintu, spesifikasi dinding dan bumbung dan aras-aras ketinggian tertentu.
Bilangan lukisan pandangan yang perlu dilukis bergantung pada keperluan untuk menunjukkan lukisan-lukisan pandangan yang hendak ditunjukkan oleh arkitek tentang bangunan yang dicadangkan untuk dibina. Sebagai contoh, bagi lukisan Cadangan Membina dan Menyiapkan Rumah Teres Dua Tingkat, bilangan lukisan tampak (pandangan) ada tiga iaitu Tampak Hadapan, Tampak Belakang dan Tampak Sisi Kiri, Tampak Sisi Kanan tidak diperlukan kerana pandangan ini tidak boleh dilihat disebabkan sambungan rumah lain di blok rumah teres dua tingkat tersebut.
Skala yang digunakan ialah 1 : 100 dan unit dimensinya dalam milimeter (mm). Skala lain untuk Lukisan tampak atau lukisan pandangan yang biasa digunakan ialah 1 : 200.
C. KERATAN
Lukisan keratan bertujuan menunjukkan kedudukan dan nama ruang, aras tanah (bumi), lantai, siling dan perabung bumbung, spesikasi untuk binaan bumbung, siling, dinding, lantai dan binaan lapis lindung, kecerunan bumbung dan label keratan yang dipilih.
Label keratan yang biasa digunakan ialah keratan X-X, keratan Y-Y, keratan A-A, keratan B-B dan sebagainya. Bilangan lukisan keratan bergantung pada keperluan untuk menunjukkan bahagian keratan bangunan cadangan itu oleh arkitek. Biasanya bagi bangunan rumah kediaman yang sederhana besar, sekurang-kurangnya dua lukisan keratan, iaitu satu keratan memendek, diperlukan. Skala yang biasa digunakan untuk lukisan keratan ialah 1 : 100. Skala skala lain yang boleh digunakan untuk lukisan keratan ialah 1 : 50 dan 1 : 200.
D. BUTIRAN JELAS
Butiran jelas menunjukkan mana-mana bahagian atau komponen yang kurang jelas dipaparkan dalam lukisan tampak / keratan ia dibesarkan skalanya (Enlarge) supaya memberikan gambaran jelas dan nyata khususnya pada anggota tertentu sahaja, selain dari itu dapat menyenangkan pehak Jurukur Bahan atau Kontraktor mempasti kedudukan sebenar. Skala yang biasa digunakan 1 : 20, 1 : 50 dan 1 : 70
info yang berguna
ReplyDelete